dia masih teman lelaki saya!


Budak perempuan itu mengaku di akhbar yang dia masih berpacaran dengan teman lelakinya yang kacak lawa dan terkenal itu.

Walaupun teman lelakinya didakwa ada awek lain dalam diam dan sering dikatakan menemani teman lelakinya itu, tetapi budak perempuan itu tanpa ragu tanpa silu mengaku “Saya masih kekasih Awang (bukan nama sebenar) dan dia masih seorang ‘lelaki’ terbaik bagi saya.”

Huh! Percintaan hebat penghujung tahun 2009.

“Saya masih bahagia, tidak orang seperti didakwa,” demikian lagi katanya seperti yang dipetik akhbar.

Lebih tersentap hati membacanya, apabila teman lelakinya dikatakan ada selera pelik, bukan setakat bernafsu pada perempuan tetapi juga meminati insan bernama lelaki. Pun budak perempuan itu masih setia teguh mempercayai ketulenan teman lelakinya.

“Saya mahu tegaskan, Awang masih lelaki sejati dan tidak memilih kaum sejenisnya untuk menjadi pasangan. Tidak nampak ciri-ciri dia berminat ke atas kaum Adam,” tegas budak perempuan ini.

Bagaimana dia tahu teman lelakinya tulen? Dia pernah cubakah? Musykil memikirkannya!

Cikabang: Confirm asli!

Jangan Jadi Muslimah Tertipu!


CIK ABANG selalu pandang 360 darjah, perhati orang keliling-kelalang, dengan rencam macam perangai. Seronok juga scan orang dari kulit ke kulit, buat ilham menulis. Yang selalu Cik Abang perhatikan, gelagat orang perempuan kita.

Cik Abang akui, sejuk mata pandang kaum perempuan Melayu Islam hari ini. Melayu Islam? Yalah, di Malaysia kita yang tercinta ini, kalau Melayu automatik agamanya Islam, jadi tidak payah sangkal lagilah hal itu. Sama ada dia betul-betul Islam atau Islam celup-celupan atau Islam ikut-ikutan, itu antara dia dengan Allah Yang Esa.

Baca seterusnya dalam NUR, Januari 2010.

moralnya...


Aktres mengaku gundik Woods

LOS ANGELES: Seorang aktres filem lucah tampil dengan dakwaan menjadi wanita simpanan ke-10 Tiger Woods, semalam.

Joslyn James yang membintangi beberapa filem lucah mendakwa sering ditiduri jaguh golf itu dan menganggap dia ‘wanita simpanan sepenuh masa’ Woods.

Menurut laman web Deadspin.com, Joslyn mengaku menjadi pemuas nafsu Woods kepada kawannya.

Joslyn - atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels - mengemas kini statusnya dalam Facebook dengan menulis: “Saya dapati kelakar apabila individu tertentu tiada hidup sendiri dan mahu menjadi saya... teruk sungguh!’

Selain Joslyn, seorang lagi pelakon pornografi, Holly Sampson, 36, mengaku ditiduri Woods.

Pendedahan terbaru itu dilihat menjejaskan publisiti Woods.

Beberapa iklan memaparkan imejnya ditarik balik daripada siaran media massa di Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan media, Nielson, menyatakan kali terakhir imej Woods disiarkan dalam iklan komersial Gillette adalah pada 29 November.

Nasib Woods juga terus dirundung malang apabila beberapa penaja menarik balik tajaan mereka ke atasnya.

Pengeluar minuman sukan Gatorade yang memasarkan Tiger Focus, Nike dan American Express adalah antara penaja yang menarik diri.

Bagaimanapun, mereka mendakwa tindakan itu tidak ada kena mengena dengan skandal Woods.

Sementara itu, ibu mentua Woods, Barbro Holmberg (gambar), dibenarkan keluar dari hospital di Florida selepas dirawat selama 11 jam di situ, semalam.

Barbro, 57, dilaporkan terjatuh di rumah Woods kelmarin dan dikejarkan ke pusat perubatan itu untuk rawatan. - Agensi

(Harian Metro, 10 Disember 09)



Hebat betul Tiger seekor ni! Nama dia pun Tiger, gamaknya semua daging yang terpelanting dekat, semua dibahamnya. Hendak pula kalau daging tu sendiri datang menyerah. Orang berduit, semua hendak menghimpit.