dia masih teman lelaki saya!


Budak perempuan itu mengaku di akhbar yang dia masih berpacaran dengan teman lelakinya yang kacak lawa dan terkenal itu.

Walaupun teman lelakinya didakwa ada awek lain dalam diam dan sering dikatakan menemani teman lelakinya itu, tetapi budak perempuan itu tanpa ragu tanpa silu mengaku “Saya masih kekasih Awang (bukan nama sebenar) dan dia masih seorang ‘lelaki’ terbaik bagi saya.”

Huh! Percintaan hebat penghujung tahun 2009.

“Saya masih bahagia, tidak orang seperti didakwa,” demikian lagi katanya seperti yang dipetik akhbar.

Lebih tersentap hati membacanya, apabila teman lelakinya dikatakan ada selera pelik, bukan setakat bernafsu pada perempuan tetapi juga meminati insan bernama lelaki. Pun budak perempuan itu masih setia teguh mempercayai ketulenan teman lelakinya.

“Saya mahu tegaskan, Awang masih lelaki sejati dan tidak memilih kaum sejenisnya untuk menjadi pasangan. Tidak nampak ciri-ciri dia berminat ke atas kaum Adam,” tegas budak perempuan ini.

Bagaimana dia tahu teman lelakinya tulen? Dia pernah cubakah? Musykil memikirkannya!

Cikabang: Confirm asli!

Jangan Jadi Muslimah Tertipu!


CIK ABANG selalu pandang 360 darjah, perhati orang keliling-kelalang, dengan rencam macam perangai. Seronok juga scan orang dari kulit ke kulit, buat ilham menulis. Yang selalu Cik Abang perhatikan, gelagat orang perempuan kita.

Cik Abang akui, sejuk mata pandang kaum perempuan Melayu Islam hari ini. Melayu Islam? Yalah, di Malaysia kita yang tercinta ini, kalau Melayu automatik agamanya Islam, jadi tidak payah sangkal lagilah hal itu. Sama ada dia betul-betul Islam atau Islam celup-celupan atau Islam ikut-ikutan, itu antara dia dengan Allah Yang Esa.

Baca seterusnya dalam NUR, Januari 2010.

moralnya...


Aktres mengaku gundik Woods

LOS ANGELES: Seorang aktres filem lucah tampil dengan dakwaan menjadi wanita simpanan ke-10 Tiger Woods, semalam.

Joslyn James yang membintangi beberapa filem lucah mendakwa sering ditiduri jaguh golf itu dan menganggap dia ‘wanita simpanan sepenuh masa’ Woods.

Menurut laman web Deadspin.com, Joslyn mengaku menjadi pemuas nafsu Woods kepada kawannya.

Joslyn - atau nama sebenarnya, Veronica Siwik-Daniels - mengemas kini statusnya dalam Facebook dengan menulis: “Saya dapati kelakar apabila individu tertentu tiada hidup sendiri dan mahu menjadi saya... teruk sungguh!’

Selain Joslyn, seorang lagi pelakon pornografi, Holly Sampson, 36, mengaku ditiduri Woods.

Pendedahan terbaru itu dilihat menjejaskan publisiti Woods.

Beberapa iklan memaparkan imejnya ditarik balik daripada siaran media massa di Amerika Syarikat.

Firma penyelidikan media, Nielson, menyatakan kali terakhir imej Woods disiarkan dalam iklan komersial Gillette adalah pada 29 November.

Nasib Woods juga terus dirundung malang apabila beberapa penaja menarik balik tajaan mereka ke atasnya.

Pengeluar minuman sukan Gatorade yang memasarkan Tiger Focus, Nike dan American Express adalah antara penaja yang menarik diri.

Bagaimanapun, mereka mendakwa tindakan itu tidak ada kena mengena dengan skandal Woods.

Sementara itu, ibu mentua Woods, Barbro Holmberg (gambar), dibenarkan keluar dari hospital di Florida selepas dirawat selama 11 jam di situ, semalam.

Barbro, 57, dilaporkan terjatuh di rumah Woods kelmarin dan dikejarkan ke pusat perubatan itu untuk rawatan. - Agensi

(Harian Metro, 10 Disember 09)



Hebat betul Tiger seekor ni! Nama dia pun Tiger, gamaknya semua daging yang terpelanting dekat, semua dibahamnya. Hendak pula kalau daging tu sendiri datang menyerah. Orang berduit, semua hendak menghimpit.

secawam kopi


“Apa yang sedapnya secawan kopi di kedai tu?” Dahulu saya biasa dengar emak saya berleterkan abah yang suka menghabiskan masa beberapa jam di kedai kopi.

“Kopi yang emak buat rasanya lebih sedap. Tapi abah kau tu tiap pagi masih pekena kopi kat kedai juga. Orang kedai tu taruk ganja ke apa, sampai ketagih?” Huh! Emak sudah sampai ke tahap prasangka nampaknya!

Ini cerita dahulu, ketika saya masih muda remaja dan tinggal bersama keluarga di kampung. (Sekarang pun muda juga, tambah muda, tapi sudah tinggal jauh di kota!) Antara hobi abah saya selepas bersara adalah duduk di kedai kopi, sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau tak pagi, petang, begitulah sebaliknya. Kadangkala pagi petang ada di kedai kopi.

Maka emak kadangkala angin satu badan sebab hobi abah itu. Apabila marah-marah, terkeluarlah dialog seperti di atas.

Terfikir juga saya ketika itu, betullah juga cakap emak. Saya tergoda juga untuk ikut abah pekena kopi di satu-satunya kedai kopi di kampung kami, tetapi saya tak rasa tang mana sedapnya kopi di situ. Kopi emak lagi sedap! Saya tengok abah pun bukanlah beria-ia sangat minum.

Tetapi duduk di kedai kopi itu seperti ada kelas tersendiri, apatah lagi apabila datang empat lima orang lagi kawan yang sama ‘mengopi’ di situ. Saya tengok macam-macam mereka borak, ketawa berdekah, bertepuk meja segala. Huh, ternganga juga saya! Di rumah, saya jarang-jarang tengok abah ketawa riang ria sakan begitu.

Hmm, akhirnya saya merumuskan satu perkara mudah. Bukanlah sebab secawan kopi itu sebenarnya. Tetapi hakikatnya, lelaki juga mahu masanya sendiri, mahu masa berjumpa kawan-kawannya, bergelak sakan dan beriang ria seperti zaman bujang. Sebab itu saja kesempatan yang dia ada. Apabila masuk rumah, dia terpaksa tukar topi!

suka atau tak?


Cantik itu subjektif. Cantik pada mata kita, mungkin tak cantik pada mata orang lain. Ramai yang sedar hakikat ini. Tetapi masih ramai juga yang hendak kejar ‘jadi cantik’. Disebabkan itu juga cantik sudah jadi perangkap yang merosakkan kita.

Seorang kawan perempuan beritahu, dia hendak beri kejutan pada suaminya. “Kejutan bagaimana?” Tanya saya. Kata kawan perempuan saya ini, dia hendak berdandan cantik-cantik apabila menyambut suaminya pulang dari kerja. Sebab hari itu, adalah hari jadi suaminya.

Ohhhh, separuh melopong juga saya meng-ohhh-kan dia. Okey, saya tumpang happy bagi pihak suaminya. Kawan perempuan saya ini bukanlah tidak cantik. Cuma akuinya, dia teramat plain, tidak suka bergaya, hatta hampir tidak pernah menggincu bibir. Suaminya tidak pernah kata apa-apa, jadi dia pun tidak kisah jika tidak berhias.

Cuma katanya, apabila berada di pejabat, dikelilingi kawan-kawan yang sebaya tetapi nampak macam anak dara bergetah, dia rasa teringin juga. Maka itulah yang dia hendak buat untuk suaminya!

Okey, saya doakan dia berjaya beri kejutan pada suaminya. Jangan sampai suaminya terkejut dan terkena sakit jantung sudah!

Dan beberapa hari kemudian, kawan perempuan saya ini bercerita hasil kejutannya. Saya tidak bertanya, tetapi dia hendak bercerita. Saya tadah telinga sajalah.

“Suami saya tak kata apa pun. Puji tidak, cela pun tidak. Huk tidak, hek pun tidak. Dia buat selamba saja. Cuma suami saya tanya balik, ‘Berapa awak bayar orang untuk conteng muka awak tu?’ Tak fahamlah perangai orang lelaki ni! Dia suka pun kita tak tahu, dia tak suka pun kita tak tahu!”

Cikabang: tak tau jugak!

kongsi




encikabang: kongsi-kongsi yang baik

azam perempuan

Azam orang perempuan yang paling hebat tentulah hendak melangsingkan badan. Azam ini sangat bagus, sangat ideal terutamanya kepada cik kak-cik kak yang comel dan banyak baju yang sudah tidak muat di tubuh. Maka datanglah tahun baru, berazamlah cik kak untuk kembali mendapatkan berat badan ideal!

Tabik, tabik, tabik spring!

Malangnya, lazim yang terjadi, azam tinggal azam. Kalau sebelum tahun baru, melabur wang beli peralatan, malah ada yang daftar ke gimnasium (untuk yang berduit sedikit) tetapi selepas beberapa bulan, azam kian melemah, melesu, dan akhirnya cik kak pun lesu!

Maka terbiarlah peralatan senaman di dalam setor, membazirkan setiap potongan kad kredit. Apa nak buat? Memang itulah perempuan....

encikabang: suka perempuan comel!